'Sila duduk, dan jangan lari'

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memulakan ucapan titah diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 hari ini dengan berseloroh dengan Ahli Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika berucap dalam titah ucapan diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BH
Baginda dalam nada jenaka 'menitahkan' supaya ahli Parlimen tidak lari meninggalkan Dewan Rakyat.

"Yang berhormat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Negara, Yang berhormat ahli Parlimen, sila duduk dan jangan lari," titahnya.

Ia sekali gus menceriakan suasana pembukaan Dewan Rakyat.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini cukup siginifikan kerana buat pertama kali dalam sejarah Malaysia dipimpin kerajaan baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dataran Parlimen pada jam 10 pagi tadi. - Foto Astro Awani
Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10 pagi di Dataran Parlimen, disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

0 Comments