Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir disahkan negatif Coronavirus (Covid-19), namun masih menjalani kuarantin 14 hari di rumah.
The Star Online melaporkan pembantu peribadinya berkata Dr Mahathir yang menjalani ujian Covid-19 pada 17 Mac lepas disahkan negatif.
"Hasil ujian yang dikeluarkan negatif. Beliau kini bebas.
Terdahulu, pada minggu ini Dr Mahathir mendedahkan beliau pernah kontak rapat dengan ahli parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang sedangan dirawat di Hospital Umum Sarawak akibat Covid-19.
Ahli parlimen Langkawi itu dalam perkongsian video Khamis lalu berkata beliau akan menjalani kuarantin kendiri bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan kepada orang lain.
0 Comments