Mohamad Ariff sah Speaker Dewan Rakyat - Tun M

KUCHING: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, disahkan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan itu.

Menurutnya, perlantikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Ya, dia adalah bekas hakim," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof - Foto BH
Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa ini. - BH Online

0 Comments