Repot atau Report?



Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulilah laman sesawang Kaki Repot berjaya dihasilkan dan mula menemui pembaca pada 28 September 2023 bersamaan 12 Rabiulawal 1445 sempena hari kelahiran Nabi Muhammad.

Kaki Repot akan menyajikan laporan dan penceritaan berkaitan denyut nadi rakyat di negara ini termasuk membuat kupasan yang menyentuh aduan rakyat, hiburan, dan juga pelancongan.

Nama “Kaki Repot” diambil sempena jolokan yang sering diberikan kepada mereka gemar menyampaikan perkara baru atau berita.

Malah istilah “repot” terkandung di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang bermaksud lapor atau melaporkan apa saja bentuk dan bahan yang boleh disampaikan kepada pembaca.

Matlamat utama penubuhan laman sesawang ini adalah untuk menjadi wadah atau platform pembacaan santai tetapi sarat dengan maklumat yang benar dan tepat berdasarkan sumber dipercayai.

Pasukan editorial Kaki Repot akan sentiasa mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat.

Laman sesawang ini akan menyajikan pelbagai berita meliputi segmen politik, pendidikan, hiburan, sukan, ekonomi, jenayah, isu semasa dan tempatan.

Dalam pada masa yang sama kami berharap agar pembaca juga dapat menyumbang kepada idea-idea dan sumber bermanfaat untuk pembacaan kita bersama.

Bagi yang berminat menyumbang sebarang idea untuk diketengahkan dalam laman sesawang ini boleh disalurkan kepada kakirepot007@gmail.com.

Laman sesawang kakirepot.com ini bukan saja dikhaskan kepada pasukan editorial kami untuk menulis bahan beritanya, malah kami terbuka untuk bersama-sama dengan masyarakat yang mempunyai buah fikiran demi kesejahteraan negara.

Ini kerana pasukan editorial kami cuba membawakan satu dimensi laman sesawang berasaskan berita dan kupasan isu semasa kepada semua pihak.

Kami berpendapat, semua daripada kita berhak untuk menyuarakan kebimbangan, pandangan dan buah fikiran demi melihat negara Malaysia ini makmur, aman dan sentosa.

Kami juga akan patuh kepada sebarangan garis panduan komuniti yang telah dibuat atau ditetapkan oleh platform media sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram.

Pasukan editorial akan mencurahkan sehabis baik dalam menyediakan penceritaan laporan terbaik dan kupasan isu yang tuntas.

0 Comments