Coronavirus: Amerika Syarikat sahkan 35 kes

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat hari mengesahakan 35 jangkitan Coronavirus Covid-19 di negara itu, lapor portal berita tempatan CNN.

Ini termasuk jangkitan terhadap 21 individu yang dihantar pulang serta 14 kes di AS. 

"Kami menjejaki kes-kes yang disebabkan oleh usaha penghantaran pulang secara berasingan kerana kami tidak percaya nombor-nombor tersebut mewakili gambaran tentang apa yang sedang berlaku dalam komuniti di Amerika Syarikat pada masa ini," kata Dr. Nancy Messonnier, pengarah National CDC Pusat Imunisasi dan Penyakit Pernafasan, kepada pemberita pada hari Jumaat.

Sebanyak 21 individu yang dihantar pulang termasuk 18 penumpang kapal pelayaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun dan tiga yang sebelum ini dipindahkan dari China. 

Terdapat 10 penumpang tambahan Diamond Princess yang diuji positif virus itu di Jepun.

Messonnier berkata angka rasmi itu mungkin bertambah sebaik menerima keputusan ujian daripada Jepun.

Selain itu, 14 kes lain di AS termasuk lapan di California, Massachusetts (1), Washington (1), Arizona (1), Illinois (2) dan satu di Wisconsin. 

Antara kes ini, terdapat dua contoh transmisi dari indivdu ke individu yang lain iaitu satu di Illinois dan satu di California.

0 Comments