Pengarang Berita Kanan BH, Salina Abdullah meninggal dunia

Pengarang Berita Kanan BH, Salina Abdullah, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 pagi tadi di rumahnya di Subang Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia selepas beberapa tahun bertarung nyawa akibat penyakit kanser servik pangkal rahim serta akibat jangkitan selepas pembedahan.

Anak Allahyarham, Nurul Liana Irfan Ramli berkata jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Al-Mukminun USJ2 dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya selepas Zuhur.

Salina meninggalkan dua anak perempuan, Nurul Liana dan Nurul Hana Irfan. – Berita Harian

0 Comments