Prihatin dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin, restoran Me’nate Steak Hub melancarkan kempen makan dan derma di semua 13 cawangannya di seluruh negara.
Kempen yang akan berlangsung
selama 15 hari bermula 6 hingga 20 November depan mensasarkan sumbangan sebanyak
RM300,000 sebagai tanda solidariti restoran itu membantu mangsa penindasan
tentera Zionis.
Pengarah Urusan
Palace Butcher Resources Sdn Bhd yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, Syed
Ashraf Syed Ali berkata langkah ini mengambil kira kepada keadaan yang berlaku
di Gaza.
“Kami positif untuk
capai sasaran RM300,000 dalam tempoh 15 hari. Kalau dapat sambutan yang baik
daripada pelanggan kami jangkakan ia lebih daripada itu.
“Dari segi menu
kami tidak terhadkan, pelanggan boleh belanja segalanya. Apa saja yang mereka
belanjakan 10% akan disumbangkan ke Palestin.,” katanya pada sidang media
kempen ‘Dine And Donate For Palestine’.
Syed Ashraf juga
berharap agar inisiatif seperti ini akan turut di sertai oleh premis- premis
makanan lain.
“Jika kempen ini
mendapat sambutan kami tidak teragak- agak untuk meneruskannya pada masa
hadapan.
Ditanya sama ada
tempoh kempen sama ada tempoh kempen ini terlalu singkat, Syed Ashraf berkata
pihaknya mahu mengumpul sumbangan dan hantar ke Palestin secepat mungkin.
“Kita nampak
keadaan mendesak, jadi kita nak tengok sepanjang 15 hari ini sambutan daripada
pelanggan macam mana.
“Kalau perlu
dipanjangkan atau perlu dibuat pada masa akan datang kami akan membuat
pengumuman selanjutnya tapi kali ini ‘short term’ kita nak kumpul secepat mungkin
dan sumbang secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, Muaz
Omar yang mewakili Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) turut
mengucapkan terima kasih atas usaha dan prihatin masyarakat yang membantu
penduduk di Gaza
“Kami berterima
kasih ke atas bantuan yang tidak putus- putus diberikan. Kepayahan yang sedang
dilalui rakyat kami menjadi sebab untuk kita lebih dekat dan erat.
“Cukup menakutkan
apabila membayangkan keadaan yang terpaksa dihadapi saudara kita di sana
terutamanya orang awam dan kanak-kanak. Malah ketika ini bukan sahaja bantuan
makanan dan perubatan yang diperlukan tetapi kedatangan musim sejuk juga akan
menjadi satu lagi cabaran besar buat mereka di sana,” katanya.
0 Comments