Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kualiti udara
bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling
tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.
Sementara itu,
Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.
Kerajaan wilayah
Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai
pelitup muka selama seminggu.
“Utamakan
kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk
kehidupan komuniti yang lebih selamat,” kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi
di X.
Pada Sabtu,
sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk
menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan
berkaitan oleh industri dan pengangkutan.
Institusi
pendidikan dan pejabat juga ditutup.
Kabus asap
menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk
ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.
Pihak berkuasa
Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan,
pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus
asap di Lahore.
0 Comments