Dua syarikat gergasi teknologi China menghapuskan nama Israel dalam peta digitalnya selepas pengguna menyedari tiada nama negara haram itu di enjin pencarian Baidu dan Alibaba.
Di peta digital
Baidu hanya terdapat garis-garis sempadan dan kota utama yang diakui di
peringkat antarabangsa.
Perkara sama
ditemukan di peta dalam talian Alibaba, Amap apabila aplikasi itu tidak
memaparkan nama Israel pada wilayah Palestin yang diduduki.
Bagaimanapun,
jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin menafikan spekulasi Beijing mengubah
pendiriannya terhadap kewujudan Israel.
"Seperti
yang anda tahu, China dan Israel mempunyai hubungan diplomatik.
"Nama Israel
masih terdapat pada peta standard digital pihak berkuasa China," ujarnya.
China sebelum ini
tegas menentang tindakan Israel membedil Genting Gaza.
Menteri Luar,
Wang Yi menegaskan bahawa tindakan rejim Zionis sudah melampui batas dan tidak
boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri. – Sinar Harian
0 Comments