Sebuah klip video disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di media sosial Twitter memaparkan satu lagi serangan udara Israel ke atas kem pelarian al-Shati di Gaza malam tadi.
Dalam video itu, beberapa anggota pertahanan awam, paramedik
dan orang awam dilihat berusaha menyelamatkan mangsa yang cedera parah dan
tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Orang ramai dilihat menggunakan tangan kosong untuk
mengalihkan timbunan konkrit.
Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera.
Di tengah operasi menyelamat, video itu turut merakamkan
satu lagi serangan udara Israel di kawasan berhampiran menyebabkan orang ramai
panik.
صحفي يوثق لحظات مرعبة لعمل فرق الدفاع المدني في انتشال ضحايا قصف إسرائيلي استهدف مخيم الشاطئ وخلف عشرات الضحايا.. ويظهر في الفيديو غارة إسرائيلية قرب موقع القصف أثناء عمل فرق الدفاع المدني والمسعفين#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/hzT0utaY59
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 24, 2023
Jurucakap tentera Israel berkata serangan itu menyasarkan
markas darat Hamas di kem berkenaan, yang terletak berhampiran pesisiran pantai
Mediterranean, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra, dalam
kenyataan di Facebook, berkata mangsa serangan Israel di kem berkenaan
sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita.
Dalam pada itu, kebimbangan perang Israel-Palestin mungkin
berkembang menjadi konflik Asia Barat semakin meningkat semalam apabila pejuang
Hizbullah menyertai Hamas untuk menentang Israel.
Pada masa sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan. – Reuters
0 Comments