Australia
menyatakan minat untuk menganjurkan Piala Dunia 2034 namun mereka memerlukan
negara terdekat sekitar Asia untuk berganding bahu sebagai tuan rumah bersama.
Terdahulu, Persekutuan
Bola Sepak Dunia (Fifa) menjemput negara dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)
dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) untuk membida hak tuan rumah Piala
Dunia untuk tahun 2034.
Setakat ini,
hanya Arab Saudi mengumumkan secara rasmi mengenai rancangan mereka
untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2034 sebagai langkah menjadikan negara
itu kuasa sukan bola sepak dunia.
Sebelum ini pada
2019, wakil negara Asean telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan
Fifa sebagai tanda setuju untuk membida penganjuran Piala Dunia pada 2034.
Serentak dengan
itu, Football Australia (FFA) mengadakan perbincangan dengan Persatuan Sepak
Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai potensi menjadi tuan rumah bersama untuk
Piala Dunia 2034.
Namun begitu,
penulis portal akhbar tersebut menyifatkan kerjasama dengan Indonesia
sangat berisiko berdasarkan insiden rusuhan besar-besaran di Stadium Kanjuruhan
sehingga menyebabkan kematian lebih 100 orang tahun lepas.
Malah, pembatalan
Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia bawah 20 tahun akibat campur tangan
politik turut menyumbang kepada risiko tersebut.
Justeru itu,
Malaysia dan Singapura dilihat sebagai calon yang sesuai untuk menjadi tuan
rumah kerana faktor keamanan dan mempunyai fasiliti sukan yang baik. – VocketFC
0 Comments