Pound Sterling menjunam, PM Britain masuk hospital

NILAI mata wang Pound Sterling menunjukkan kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan euro hari ini selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan selepas menunjukkan gejala berterusan coronavirus.

Yen turut diniagakan rendah berbanding dolar dan mata wang asing lain selepas media Jepun melaporkan Perdana Menteri Shinzo Abe kemungkinan mengisytiharkan darurat seawal Selasa untuk membendung penularan jangkitan coronavirus.

"Apabila ketua negara atau kerajaan turut dijangkiti seperti ini, ia akan menimbulkan kebimbangan bagi pemegang aset sterling dan mata wang itu," kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi mata wang di Mizuho Securities, Tokyo.

"Kes-kes koronavirus di Jepun mungkin tidak menjangka untuk sebulan lagi, jadi pasaran akan berfikir kini giliran Jepun. Perintah darurat diperlukan, tetapi ini mungkin memberi kesan negatif terhadap yen."

Pound sterling turun 0.26% kepada AS$ 1.2242 pada Isnin di Asia. Berbanding euro, ia turun 0.27% kepada 88.39 pence.

Johnson dimasukkan ke hospital susulan langkah berjaga-jaga kerana beliau menunjukkan gejala COVID-19 yang berterusan, 10 hari selepas disahkan positif wabak pandemik itu. - Reuters

0 Comments