Bagaimanapun, ia tidak melibatkan perintah berkurung.
Abe pada Isnin juga memberitahu pemberita, kerajaannya akan melancarkan pakej rangsangan bernilai 108 trilion yen (AS $ 1 trilion) sebagai sokongan menangani kesan ekonomi pandemik, termasuk pembayaran tunai kepada isi rumah yang memerlukan dan bantuan kewangan bagi melindungi perniagaan serta pekerjaan.
Abe berkata pakar mengenai pasukan petugas negara matahari terbit itu mendesaknya untuk mempersiap supaya mengisytiharkan darurat, susulan wabak Covid-19 semakin menular di bandar-bandar utama termasuk Tokyo, malah hospital dan kakitangan perubatan dibebani dengan peningkatan jumlah pesakit.
Beliau berkata perintah darurat itu akan meliputi Tokyo, Osaka, Fukuoka dan empat lagi wilayah yang dilanda teruk akibat pandemik itu yang akan berkuatkuasa selama sebulan.
Perdana Menteri berkata beliau akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan perintah berkenaan.
Beliau berkata langkah itu bertujuan mengukuhkan lagi penjarakkan sosial antara orang ramai bagi memperlahankan penyebaran wabak itu serta terus mengekalkan aktiviti sosial dan ekonomi secara minimum.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, kota metropolitan itu akan mula memindahkan pesakit yang tidak mempunyai gejala atau gejala minor dari hospital ke hotel dan penginapan lain bagi memberi ruang kepada kemasukan pesakit yang mempunayai gejala teruk.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan 3,654 sah dijangkiti Covid-19, termasuk 84 kematian, serta 712 lagi jangkitan dan 11 kematian dalam kapal pelayaran yang dikuarantin di pelabuhan Yokohama dekat Tokyo awal tahun ini. - AP
0 Comments