Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom memberi amaran keras bahawa cubaan mempoltikkan wabak Covid-19 bukan dapat menyelesaikan isu bahkan hanya akan meningkatkan jumlah kematian.
Amaran Adhanom itu hadir, sehari selepas President Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggugut untuk memotong dana ke atas WHO susulan wabak pandemik itu.
"Apabila ada pertentangan di peringkat nasional antara parti politik, antara kumpulan agama atau antara kumpulan lain, itu menjadi penyebab untuk akan mengekploitasi keretakan yang berlaku dan menewaskan kita," jelas Adhanom.
"Fokus semua parti politik sepatutnya tertumpu untuk menyelamatkan rakyat mereka!" tegasnya.
"Tolong jangan berpolitikkan dengan virus ini. Ia mengeksploitasi perbezaan yang ada di peringkat kebangsaan. "
Adhanom menambah: "Jika anda mahu dieksploitasi dan anda ingin mempunyai lebih banyak beg mayat maka anda boleh terus melakukannya. Sekiranya anda tidak mahu lebih banyak beg mayat maka anda tidak akan mempolitikkannya. "
0 Comments