China rekod kematian sifar pertama

China hari ini merekodkan angka kematian sifar pertama akibat Coronavirus (Covid-19) sejak negara berkenaan melaporkan korban sulong pada Januari lepas.

Pencapaian itu hadir sehari sebelum kerajaan China merancang untuk membatalkan sekatan perjalanan ke atas rakyatnya di Wuhan.

Ia menggambarkan kejayaann besar negara tembok besar China itu dalam membendung penularan wabak pandemik terbabit yang bermula di Wuhan sebelum tersebar ke seluruh dunia.

Pengumuman itu sekali gus menimbulkan seribu tanda tanya bahawa pemerintah Parti Komunis itu dilaporkan dengan sengaja menyembunyikan jumlah sebenar angka kematian dan jangkitan terkini.

Namun, perkara itu telah dinafikan oleh kerajaan China.

Terdahulu, Beijing mengenakan perintah berkurung buat pertama kali terhadap 10 juta rakyatnya di Wuhan dan seluruh wilayah Hubei akhir Januari lalu dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Sehingga kini, jangkitan terbaru yang dilaporkan semakin berkurangan sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, pembatalan sekatan perjalanan itu mengundang kemarahan dalam tindak tanduk berhati-hati terhadap risiko baru susulan peningkatan jumlah pesakit yang datang dari luar negara serta ancaman yang sukar dikenalpasti dari kes-kes yang tidak menunjukkan gejala Covid-19.

Rakyat Hubei dipaksa duduk di rumah selama lebih dua bulan sehingga akhir bulan Mac, ketika pihak berkuasa mula melonggarkan sekatan dengan membenarkan individu pulang dari daerah lain di China.

Satu langkah terakhir pada tengah malam ini, di mana kerajaan China akan mula membenarkan orang di ibu kota untuk keluar meninggalkan bandar.

"Warga emas agak teruja. Mereka merasakan bahawa perintah berkurung akan dibatalkan esok, mereka tidak sabar untuk keluar dari rumah mereka," kata penduduk Wuhan yang berusia 43 tahun. - AFP

0 Comments