Sasar 15,000 keluarga sebulan, Malakat Mall perlu tambah baik SOP

TANGGAL 13 Mac 2020, menjadi tarikh penting kepada kemunculan pertama kali sebuah pusat beli-belah baru di negara ini yang mengetengahkan budaya dan amalan hidup umat Islam iaitu Malakat Mall.

Tarikh keramat itu bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh masyarakat di sekitar Cyberjaya, malah ia pasti dinanti-nantikan seluruh Bumiputera khususnya dan umat Islam di Malaysia amnya.

Menekankan konsep pusat beli-belah santai mesra keluarga sakinah, Malakat Mall dilengkapi dengan pasaraya besar, Raudhah Grocer yang mempromosikan hampir 100 peratus produk Bumiputera.

Idea penubuhannya merupakan cetusan Pengarah Eksekutif Raudhah City, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil sendiri yang berazam menghimpunkan produk Bumiputera dalam sebuah pasaraya ekslusif.

Selain dilengkapi dengan ruang beli-belah yang selesa buat pengunjungnya, ia turut menempatkan kedai kelengkapan rumah, sukan, pakaian harian dan pertukangan.

Pengunjung tidak perlu risau mengenai soal santapan kerana ia turut menyediakan medan selera yang cukup selesa, selain menawarkan pelbagai jenis menu dengan harga berpatutan.

Membawa tema pembentukan keluarga sakinah, pengunjung tidak perlu khuatir untuk menunaikan sembahyang lima waktu kerana pihak pengurusan akan mengadakan solat berjemaah di hadapan pentas utama sejurus azan dilaungkan.

Sasar 15,000 keluarga sebulan

Coach Fadzil ketika ditemui Cikgu Mimie, berkata pihaknya menyasarkan lebih 15,000 keluarga akan hadir ke pusat membeli belah itu setiap bulan.

“Alhamdulilah, nampaknya pembukaan mendapat sambutan yang cukup baik, untuk dua hari pertama ini saya anggarkan hampir 2,000 orang yang hadir dan kami menjangkakan ia akan lebih ramai.

“Kami sasarkan untuk dapatkan lebih 15,000 keluarga yang berkunjung ke Malakat Mall setiap bulan,” katanya di pusat beli-belah itu di Cyberjaya.

Sementara itu, Cikgu Mimie sempat membeli-belah dan meninjau sambutan perngunjung serta suasasa Malakat Mall pada hari kedua pembukaan rasminya hari ini.

Perlu tambah baik Prosedur Amalan Piawai (SOP)

Apa yang dapat cikgu simpulkan adalah sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat amat menggalakkan, bagaimanapun terdapat ruang penambah baikan pada masa depan.

“Tanda harga tidak dipamerkan dengan baik pada setiap rak barangan, malah ada bebeberapa barangan yang belum direkodkan hingga menyebabkan proses pembayaran tergendala.

“Selain itu kemudahan panel pengimbas harga yang ditempat hanya sebuah di tengah pasaraya untuk menyemak harga gagal berfungsi dengan baik.


“Dari segi medan selera pula, ia perlu merombak semula cara mengambil pesanan. Sepatutnya jika mahu berkonsepkan layan diri ia perlu diseragamkan di bahagian dengan dan belakang Bunch Oh.

Tinjauan mendapati, pengunjung terpaksa beratur agak lama kerana hanya satu kaunter sahaja digunakan untuk mengambil pesanan.

“Saya tertarik dengan peranti “panggilan” yang dibuat di kiosk makanan nasi Arab, ia lebih tersusun.

“Saya cadangkan sekiranya barisan terlalu panjang, perlu ada seorang pembantu mengambil pesanan dan memudahkan staf dikaunter untuk memasukkan sahaja makanan yang dipilih tadi.

Apapun disebalik kekurangan yang berlaku ini, diharapkan agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera.

Nasihat buat pengguna yang mahu ke sini anda boleh memuat turun terlebih dahulu aplikasi Raudhah Prepaid bagi membuat pembayaran lebih efisyen disamping berpeluang menikmati pulangan tunai atau ‘cash back’ sebanyak 2 peratus.


0 Comments