Sebuah firma British mendakwa berjaya mencipta sebuah kit pengesanan kendiri (DIY) bagi Coronavirus (Covid-19) yang mampu memberi keputusan 'hampir 100 peratus tepat', lapor portal berita tempatan Mail Online.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson dilaporkan berkata akan membeli beratus ribu kit 'ujian antibodi' itu untuk keperluan mengesan pesakit Covid-19 di kalangan rakyatnya.
Bagaimanapun, kerajaan Britain memberi amaran bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa untuk dilancarkan kerana jumlah kit pengesanan pandemik itu dipercayaai tidak mencukupi di pasaran.
Sementara itu, Diagnostics SureScreen yang berpangkalan di Derby menyatakan kit yang berasaskan kepada pengambilan sampel darah dari jari itu hanya mengambil masa 10 minit bagi mengdiagnosis pesakit dengan ketepatan 98 peratus.
Kit ujian yang berharga £6 (RM28.64) itu akan mengesan antibodi - mekanisme pertahanan sistem imun badan yang dihasilkan untuk melawan virus Covid-19.
Dengan mengukur antibodi dalam darah, doktor dapat mengesan sama ada seseorang mengalami jangkitan sebelumnya dan kini kebal terhadap penangkapan dan penyebarannya.
0 Comments