Covid-19: Asingkan orang tua dan golongan muda, kata menteri Israel


Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett berkata pencegahan yang paling penting diambil semasa wabak Coronavirus (Covid-19) adalah memisahkan orang tua daripada golongan muda.

Bennett dipetik sebagai berkata: "Perkara yang paling penting berbanding menjarakkan kedudukan di khalayak umum dan membuat uji kaji, adalah dengan memisahkan orang tua daripada orang muda."

Beliau menegaskan kombinasi yang paling menularnya virus adalah apabila orang tua membuat hubungan fizikal dengan anak muda.

"Gabungan yang menjadi punca utama adalah apabila seorang nenek memeluk cucunya," katanya.

Beliau berkata peratusan kematian golongan muda ialah 0-0.1% di negara yang mencatatkan angka korban akibat virus itu, berbanding satu per lima individu yang berusia antara 70-80 tahun terdedah kepada kematian.

Bennett berkata orang tua tidak akan dipisahkan selamanya, tetapi menunggu sehingga wabak ini reda.

Katanya, majoriti rakyatnya tidak mengetahui yang mereka telah dijangkiti sehinggalah selepas 3-4 minggu.

"Ia akan bermula dengan 0.1% kemudian 1% kemudian 5% diikuti dengan 10%. Apabila mencapai 60-70%, maka wabak itu akan berakhir. "

Bennett meramalkan ia mungkin berakhir dalam satu atau dua bulan, atau mungkin mengambil sedikit masa lagi. - The Express Tribune

0 Comments