Restoran makanan berasaskan suasana
kampung, Ahh Yum by Kampong Kravers membuka cawangan terbarunya di Plaza Shah
Alam bulan lepas.
Ini merupakan cawangan keenam selain
di Bukit Damansara, Institut Jantung Negara, Sunway Putra Mall, Subang SkyPark
dan Sunway Medical Center.
Seperti yang sedia maklum restoran ini
menyajikan makanan ala-kampung seperti laksa, nasi lemak, ayam goreng berempah,
sup mihun dan soto.

Bagi mereka yang ingin kembali ke
dunia kampong, inilah tempatnya. Duduk sahaja melihat buku menunya, halaman
pertama yang diperlihatkan adalah buku “tiga 5”.
Ia sudah pasti tidak asing lagi buat
mereka yang pernah tinggal di suasana kampong. Malah, konsep restoran yang
turut mengetengahkan berandah telah mewujudkan suasana santai.
Kali ini Ahh Yum by Kampong Kravers
membuat promosi sempena pembukaan cawangan baharunya di Plaza Shah Alam.
Pelanggan boleh memesan Nasi
Basmathi Ahh-Yum Berkuah sambil menikmati tawaran beli satu percuma satu.
Hari ini saya bersama dengan isteri
sempat singgah makan di restoran ini dan menikmati hidangan promosi sempena
pembukaan itu.

Alhamdulilah kami kenyang malam itu
dengan menu yang cukup lazat. Dan tak sangka pula penyelia projek saya datang
makan bersama keluarganya juga.
So, kepada mereka yang ingin
menikmati tawaran beli satu percuma satu ini bolehlah datang ke sini, promosi
tamat sampai 29 November 2019 ini.
0 Comments