Hatten Place tawar penginapan bajet tapi mewah


Bagi mereka yang ingin mengunjungi Melaka Bandaraya Bersejarah, terdapat satu lagi hotel baru dibuka berdekatan Masjid Selat.

Dengan harga serendah RM120 semalam, anda boleh mendapatkan sebuah bilik btuajet dengan suasana mewah di Hatten Place, Melaka.

Berkongsi fasiliti utama dengan Double Tree by Hilton, hotel ini turut terletak di dalam satu bangunan pusat membeli belah terbaru di Melaka, Elements Mall.

Bagi mereka yang menginginkan pengalaman makan malam di atas sebuah kapal, anda boleh pergi ke kawasan Skydeck.

Apa yang menarik mengenai hotel ini adalah titik akses internet (AP) adalah sebuah untuk sebuah bilik, jadi anda tidak perlu risau dengan kelajuan capaian.

Bagaimanapun, bagi menepati konsep bajet setiap ruang bilik hotel ini dimanfaatkan sepenuhnya seperti pintu tandas dan almari yang sama.

Walaupun ia menonjolkan konsep penginapan bajet, namun setiap biliknya dilengkapi peti ais mini bagi menampilkan ciri mewah.

Selain itu, dari segi keselesaan pula, katilnya mungkin kurang digemari mereka yang gayat kerana ketinggiaanya adalah separas peha.

Menyentuh mengenai bilik mandi, ia dilengkapi kemudahan tandas yang selesa dan bersih, selain pancuran yang kuat.

Kepada mereka yang sentiasa dengan gajet, usah risau, setiap bilik mempunyai hampir 5 plug point disediakan untuk tujuan mengecas.

Apapun, hotel baru ini menepati kehendak pelancong yang bercadang untuk bercuti di Melaka sambil menikmati kemudahan yang mewah.

0 Comments