SESUAI sebagai tempat istirahat dan makan malam buat pasangan muda, ia juga
boleh dijadikan pusat perbincangan santai keluarga kepada mereka yang mempunyai
anak-anak berumur 5 tahun ke bawah.
Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke The Siblings Play & Cafe
pelanggan disajikan dengan taman permainan “eksklusif” kanak-kanak dan ruang
kafe hipster pastinya menambat hati buat si comel serta ibu dan bapanya.
Menekankan konsep kafe santai ala-keluarga, pelanggan akan merasai
seolah-olah berada di sebuah dapur yang sebelahnya terdapat ruang bagi menempatkan
anak-anak supaya tidak diganggu ketika memasak.
Ternyata langkah berani usahawan muda ini membawa tema dan konsep baharu
berjaya menarik ramai pelanggan terutama bagi mereka yang ingin melakukan perbincangan
tanpa perlu memikirkan di mana hendak meletakkan anak.
Pengusahanya yang mahu dikenali Viena menyatakan idea dan konsep kepada pembukaan
kafe ini dicetuskan daripada dua anaknya yang berusia 3 tahun dan setahun.
“Mula-mula kami nak buka ikut nama anak, tapi bila fikir balik nanti bila dah besar mereka bergaduh tak ada nama, akhir sekali kami putuskan nama The Siblings,” katanya ketika ditemui di kafenya di Taman Putera Perdana Puchong.
Antara menu utama kafe ini adalah makanan yang disajikan di dalam dulang.
Dalam pakej ini pelanggan diberi pilihan untuk memilih pelbagai jenis pasta dan
juga masakan barat seperti ‘Chicken Chop’, ‘Fish & Chip’ dan ‘Meatballs’.
Selain daripada makanan pencuci mulut, snek serta 2 minuman pilihan, pakej
yang berpatutan pelanggan turut ditawarkan kemasukan ke taman permainan
kanak-kanak itu secara percuma tanpa had.
Bagaimanapun, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi pelanggan
terutama ibu bapa seperti memakai stoking dan memastikan anak anda pergerakan
anak anda bagi menjaga keselamatan mereka ketika bermain.
Secara keseluruhan, ia amat kafe ini sesuai kerana buat keluarga yang
mahukan kelainan tanpa memikirkan kegusaran untuk membawa anak-anak ke tempat
makanan barat. Malah air “Hausboom” yang dijual sangat murah. – 9 Ogos 2018.
Lokasi: 12-2 Jalan PP6/2, Taman Perindustrian Putra Perdana (Menghadap La Cottage)
FB: The Siblings Playcafe
Waktu perniagaan: 3.00 p.m - 12.00 a.m
0 Comments