SELEPAS berakhirnya demam Piala Dunia FIFA 2018, rangkaian restoran makanan
segera, McDonald's terus melebarkan kempen tahunannya iaitu Discover the World yang
menawarkan cita rasa yang berbeza untuk dinikmati rakyat tempatan.
Jika sebelum ini Burger Rio diperkenalkan sempena menyambut bahang
kehangatan piala dunia di Moscow, kini Burger Ayam Mexicana dari Mexico pula menjadi
taruhan kedua restoran berkenaan dalam usaha mengetengahkan cita rasa Amerika.
Menekankan slogan “enak dan eksotik”, kepingan ayam rangup bersaiz besar
itu dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang
sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico.
Rakyat Malaysia tidak lari dengan tabiatnya untuk mencuba benda baharu dan
saya juga tidak terkecuali. Saya sempat merasai burger ini bersama suami
semalam dan beberapa hari yang lepas bagi menikmati sendiri kelazatannya.
Jika anda menikmati Burger Rio anda mungkin akan merasa pedas sejak gigitan
pertama, tetapi ia berbeza dengan Burger Ayam Mexicana ini. Biarpun disapu
dengan sos pedas jalapeno anda masih tidak akan terasa kepedasannya hingga
gigitan ketiga.
Selain itu, burger ini juga ditambah
dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih.
Disertakan dengan ban lembut tanpa bijan, hidangan ini semestinya membawakan
cita rasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai
cita rasa antarabangsa ke restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.
Melati berkata, McDonald’s mementingkan kualiti penyediaan makanan dari
awal hingga akhir iaitu bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke
dapur dan akhirnya kepada pelanggan.
"McDonald’s berkeyakinan bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya
sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s,
pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan
bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan
makanan yang ketat," katanya.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama
kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti iaitu Pai Kastard
Strawberi yang berharga RM3.30 dan hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. – 31
Julai 2018
0 Comments