Pizza viral ke udara di TV1

Mr Diamond Pizza (MRDP) sekali lagi mengorak langkah dalam bahagian pemasarannya apabila dijemput stesen penyiaran RTM, TV1 menerusi slot Selamat Pagi Malaysia bagi menerangkan piza istimewa air tangan pengasasnya, Yahya Md Yusoff.


Program yang keudara pada jam 8.00 pagi itu mengupas tentang "Menu Hujung Minggu: Pizza". Ketua Pemasaran, Hawa Alias turut hadir bagi menerangakan bagaiman proses penghasilan "pizza gebu" yang semakin menjadi bualan seluruh tanah air.



Dalam program itu juga beberapa kru serta hos Selamat Pagi Malaysia turut sempat merasai pizza Special Edition yang sering manarik perhatian pelanggan MRDP kerana topping serta kejunya "lebih".


Ditanya rahsia ia diterima ramai, Yahya berkata tiada apa yang disembunyikan dalam resipi pembuatan pizza ini, hanya diadun dengan kasih sayang, penuh aroma Oregano, rempah terpilih serta lelehan keju yang membuka selera Asia.

0 Comments