Hujung minggu
yang lalu, keluarga kecil #cikgumimie tidak merancang ke mana destinasi santai
yang ingin ditujui. Orang Bandar kata baik duduk rumah saja rehatkan badan,
regangkan kaki sebab seminggu berdiri.
Namun, terdetik
di hati untuk pergi ke Setia Alam City Mall, beritahu isteri dia pun setuju
sebab dah lama tidak beriadah di padang besar di sana. Apa lagi bersiap-siap
dan mula memecut ke sana walaupun waktu sudah hampir petang.
Setibanya di
sana, matlamat utama adalah untuk mengisi perut yang kosong. Maka bermulalah
pencarian tempat papan maklumat Mall. Hampir semua restoran pernah dicuba,
tetapi ada satu yang masih baru iaitu Luna Luna.
Mula-mula bila
isteri sebut Luna Luna, fikiran mula teringat kepada sebuah siri drama Korea,
Del Luna. Apakah restoran ini merupakan tempat makanan eksklusif buat mereka
yang “sudah pergi”?, namun telahan cikgu sama sekali meleset.
Biarpun dekorasi
ruang makan restoran ini cukup mewah mirip kepada hotel dalam siri drama itu,
namun ia bukan seperti yang difikirkan. Kedatangan cikgu sekeluarga disambut
manis pelayan sambil dijemput merasai sedikit makanan yang dijual.
Cikgu merasai The
Luna Burger manakala isteri mencuba Strawberi Milk Shake. Pepatah Inggeris
pernah mengatakan “First Impression Last Forever”, maka betullah bahawa makanan
yang disajikan terasa sedapnya.
Pada hari itu,
cikgu memesan The Luna Burger Combo. Untuk pengetahuan combo ini didatangkan
dengan 2 jenis set iaitu Classic dan Deluxe. Bagi set Classic ia disajikan
bersama kentang goreng dengan minuman ringan manakala Deluxe didatangkan dengan
set minuman serta ayam goreng.
Selain itu,
restoran ini turut menawarkan set nasi bagi mereka yang mahu menikmati makanan
tempatan. Oleh sebab nak merasai kedua-duanya, maka isteri saya memesan Grilled
Chicken Bowl Combo. Combo ini juga didatangkan dengan set Classic dan Deluxe.
Bagi mereka yang
membawa anak kecil, usah risau Luna Luna turut menawarkan set kanak-kanak
dengan harga berpatutan. Oleh sebab cikgu dah pesan burger dan isteri pula set
nasi, maka untuk anak cikgu pesan Spaghetti Combo. Sedap memang sedap, walaupun
harganya separuh harga berbanding makanan dewasa tapi kuantitinya banyak.
Sebelum itu, bagi
yang teringin merasai pengalaman di sini anda boleh follow Instagram Luna Luna,
lunalunamys bagi mengikuti tawaran terbaru. Tempoh hari cikgu dapat merasai ais
krim Seasonal Custard, rasa dia macam aiskrim kelapa.
Kesimpulannya,
tidak rugi mencuba makanan ala barat dan tempatan di Luna Luna, Setia Alam City
Mall ini. Memang sedap dengan cita rasa Malaysia, cikgu bagi (9/10). Bak kata
orang tua-tua, pengalaman yang indah-indah itu haruslah dikongsi bersama, yang
pahit disimpan di sanubari.
0 Comments