Korea Selatan umum 142 lagi kes baru akibat Coronavirus

Korea Selatan hari ini melaporkan 142 lagi kes positif jangkitan Coronavirus Covid-19 menjadikan jumlah semasa pesakit di negara itu kepada 346, lapor The Guardian.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kebanyakan kes direkodkan dari bandar Daegu dan wilayah sekitar, kira-kira dua jam perjalanan di selatan Seoul.

Menteri Kesihatan negara itu, Kim Gang-lip, berkata wabak itu memasuki fasa baru yang serius, namun masih melahirkan kebimbangan bahawa ia mungkin merebak di wilayah sekitar Daegu, di mana kes pertama dilaporkan pada hari Selasa.

Pada pagi ini, bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk 2.5 juta merekodkan sebanyak 283 kes, termasuk dua kematian pertama negara itu di sebuah hospital di Cheongdo county, kira-kira 25 kilometer selatan Daegu.

Kerajaan pusat mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon pengurusan khas dan menyalurkan sokongan termasuk menambah katil hospital, kakitangan perubatan dan peralatan.

"Walaupun kita mula melihat lebih banyak kes di seluruh negara, jangkitan masih kurang di luar zon pengurusan khas Daegu dan wilayah Utara Gyeongsang," kata Kim semasa taklimat.

0 Comments